Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, April 28, 2017

Mengapakah Langkawi Merupakan Destinasi Percutian Yang Menarik?


Credit gambar Google

Assalamualaikum semua, Syima cadang nak pergi Langkawi lepas habis belajar bulan 7 ni. Banyak sebab lah kenapa syima pilih Langkawi sebagai salah satu tempat percutian untuk percutian syima kali ni. Antaranya, Langkawi adalah sebuah tempat pelancongan yang sangat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara, oleh kerana keunikan dan keindahan pulaunya. Bukan itu sahaja, Langkawi juga merupakan sebuah tempat yang menjadi daya tarikan daripada negara luar untuk menyertai dalam event ataupun majlis seperti aktiviti berbasikal Le Tour De Langkawi. Malah, Langkawi mempunyai Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA), yang dimana di situ ada banyak pertunjukan udara dengan menggunakan kapal perang, helicopter dan banyak lagi.

Credit gambar Google

Selain itu, Langkawi juga famous dengan ‘Duty Free’ nya, haaa, maksudnya ia sangat terkenal dalam kalangan kaki shopping seperti syima ni, lebih-lebih lagi yang sangat gemarkan coklat, pinggan mangkuk, minyak wangi, dan banyak lagi lah. Kalau nak bershopping ni memang ada satu tempat yang memang ‘famous’ untuk korang pergi bershopping, iaitu Kompleks HIG (Haji Ismail Group), cakap je nak apa, semua ada, korang hanya perlu pastikan duit korang mencukupi sahaja.

Credit gambar Google


Credit gambar Google


Di samping korang bershopping tu, korang boleh la pergi berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan juga Telaga Tujuh. Haaa.. kalau korang nak tempat lain daripada yang lain, korang boleh la berkunjung ke Muzium 3D di Langkawi, yang akan membuatkan korang seronok untuk bergambar terutama buat kaki-kaki selfie macam syima ni hahaha. Tempat ni memang korang kena kunjungi sebab ianya merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan di dunia! Ada 200 lukisan 3D yang boleh korang hayati sambil bergambar tau, jadi pastikan korang datang awal sikit sebab confirm korang akan spend lebih masa untuk bergambar nanti.

Okay sampai sini sahaja tempat menarik yang ada di Langkawi, sekarang jom kita berbalik ke topik asal iaitu pencarian hotel atau tempat penginapan yang best dekat Langkawi ni pula. So far, di Langkawi memang mempunyai pelbagai jenis hotel untuk korang pilih, dari tempat penginapan yang bajet sehingga lah yang ke hotel mewah lima bintang. Tetapi , website manakah yang memudahkan kita dalam pencarian hotel? Tambahan pula, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Jadi, Syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Kenapa Traveloka? Haaa.. Nanti syima cerita, sekaligus ada beberapa hotel dan tempat penginapan yang memang disarankan agar percutian korang di Langkawi menjadi lebih bermakna dan menjadi kenangan terindah gitu.

Apa Itu Traveloka?



Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Malah, Traveloka akan sentiasa menawarkan tambang penerbangan dengan kadar yang paling rendah setiap hari.


Traveloka ni mudah bagi syima atau korang yang nak bercuti, kerana korang boleh ‘download’ dalam Play Store untuk pengguna android macam syima. Selain itu, korang boleh pergi sendiri ke websitenya iaitu www.traveloka.com. Di situ mempunyai pelbagai jenis hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Sebab tu lah syima cadangkan korang menggunakan website Traveloka. Buat apa fikir panjang-panjang demi mencari penginapan yang terbaik, Traveloka kannn adaaa..

3 Hotel Atau Tempat Penginapan Yang Disarankan


Dayang Bay Serviced Apartment & Resort


Credit gambar kepada Dayang Bay Resort

Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni terletak dekat dengan pekan Kuah, dimana ianya membolehkan korang pergi bershopping ke pekan Kuah dengan cepat, maksudnya senang untuk korang nak akses keluar dan masuk ke pekan Kuah. Selain itu, keistimewaan korang yang menginap di apartment and resort ni ialah, ianya menjanjikan ruang yang luas dan selesa, sangat sesuai bagi korang yang datang beramai-ramai bersama keluarga. Kolam renang pun boleh tahan besar jadi korang boleh la berendam ramai-ramai dengan family nanti.





Adya Hotel, Langkawi

Credit gambar kepada Adya Hotel


Bagi korang yang menginginkan hotel yang berkonsepkan ala-ala islamik dan moden, korang
boleh la menginap di Adya Hotel ni. Istimewanya hotel ini, Ia terletak betul-betul di pekan
Kuah, jadi tiada masalah bagi korang yang nak jalan-jalan dekat pekan Kuah ni. Di samping
itu, swimming pool yang disediakan juga mesra ibadah dan khas untuk kaum hawa serta anak-anak, makanya bagi kaum hawa macam syima yang menutup aurat sangat sesuai lah kalau nak mandi swimming pool. Malah, waktu gym juga telah ditetapkan untuk kaum hawa. Jadi, bagi kaum hawa, jangan segan-segan untuk ke swimming pool dan gym kerana korang bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut di Adya Hotel ni tau! Selain itu, di sini juga mempunyai Spa untuk korang merehatkan diri  daripada kesibukkan pekerjaan atau kehidupan.





HIG Hotel
Credit gambar kepada HIG Hotel


HIG Hotel ni memang sangat sesuai bagi korang yang memang aim datang ke Langkawi
ni untuk membeli-belah terutamanya untuk shopping coklat. Ianya kerana, hotel milik Haji Ismail Group ni memang terletak bersebelahan jep dengan Kompleks HIG, jadi senang la untuk korang ulang-alik bershopping nanti kan. Bestnya, hotel ni masih dalam keadaan baru, dan bilik memang
dilengkapi dengan sejadah dan Al-quran.




Banyak lagi hotel yang boleh korang kunjungi jika korang dah sampai ke Langkawi ni. Untuk memudahkan urusan tempahan hotel korang, korang hanya perlu membuat tempahan di website Traveloka.com je seperti yang syima beritahu pada awalnya, kerana kat situ ada banyak senarai hotel in Langkawi yang boleh korang ‘check out’  . Jadi, tunggu apa lagi? Jom bercuti!

Thursday, April 27, 2017

Teruja Dapat Photoshoot Dengan Photographer Terkenal Wan Izhar Abu Bakar


Assalamualaikum semua, semalam entry syima mengenai Photoshoot Raya Bersama KBBA9. Kali ni pula entry syima mengenai Photographer Terkenal iaitu Wan Izhar Abu Bakar. Rasa teruja tu ada tau bila nak shoot dengan beliau. Bayangkan kita ni orang biasa-biasa tapi orang hebat seperti beliau mengambil gambar kita. Rasa malu, kekok tu mesti lah ada. Biasalah pertama kali di hadapan lensa photographer terkenal. Tetapi Alhamdulillah, beliau banyak beri tunjuk ajar, dan cara untuk posing di depan kamera.

Wednesday, April 26, 2017

Photoshoot Raya Bersama KBBA9 2017


Credit gambar kepada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum semua, dah lama syima tak menaip di papan kekunci ni kerana kekangan waktu dan dugaan yang syima hadapi sebelum ni. Okay lah syima tak nak story panjang-panjang kembali kepada tajuk asal. Baru-baru ni syima pergi ke Muzium Warisan Melayu di Universiti  Putra Malaysia untuk photoshoot raya bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Ni merupakan photoshoot kedua yang syima join dan kali ni punya photoshoot best dan banyak perubahan berbanding sebelumnya.

Baju Kurung By Nanienazyra Collections Memang Meletop !!


Assalamualaikum semua. Sempena Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari, syima dapat tajaan daripada By Nanienazyra Collections di instagram @bynanienazyracollections. Siapa sangka ada orang yang nak taja baju kurung untuk syima, memang jawabnya “Alhamdulillah”. Rezeki Allah sentiasa ada dan kita cuma perlu usaha untuk mencari sahaja. 

Sunday, February 5, 2017

Merawat Kencing Manis Dengan Kopi Milagro


Assalamualaikum semua, cepatnya masa berlalu. Tick tock tick tock jam berbunyi dah masuk bulan 2 pada tahun 2017. Baru-baru ni syima sibuk dengan banyak projek dekat kolej, maklumlah ni semester terakhir syima. Makanya, banyak lah projek yang syima kena handle, tambah pula syima jadi penolong kumpulan untuk projek khidmat masyarakat ni. Okay lah tak nak panjang lebar bercerita. Bulan lepas, mak cakap dekat syima yang gula dalam darah mak naik. Nasib baik syima diperkenalkan dengan Kopi Milagro ni.

Saturday, January 14, 2017

Laman Seni DI Tanjung Malim Perak


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima keluar lepak dengan rakan sekolah namanya Aida. Syima tanya Aida, nak jalan mana di Tanjung Malim ni. Sebab agak jemu kalau asyik nak ke Proton City je. So decide, nak jalan-jalan dan makan di pekan je. Lepas tu, kami pergi Scret Recipe untuk jadah sikit makanan sebelum nak jalan-jalan. Sambil tu banyak lah nak di boraknya, maklumlah dah lama tak jumpa. Rasa nya last jumpa masa Raya haha. Masing-masing sibuk dengan belajar, lagipun kami belajar pun jauh-jauh. Syima belajar di Kuala Lumpur, Aida pula di Terengganu

Thursday, January 12, 2017

Obses Dengan Tudung Aidijuma


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima jadi obses dengan tudung Aidijuma. Tak tahu lah macam mana boleh obses sangat dengan tudung Aidijuma ni. Sampaikan semalam syima tidur lewat duk tengok laman web Aidijuma

Cuti Dah Nak Habis

Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari lagi cuti syima dah nak habis. Huwaaaa.. Tak tahu la rasa nak nangis atau nak gembira. Lepas ni bermula lah episod suka dan duka di kolej. Sem ni adalah sem terakhir buat syima. Belajar teori dan praktikal dalam wad. Kemudian Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia. Ya Allah. Seram rasanya dengar. Semoga syima dapat menempuh semua dugaan ni Amin. Okay lah bye bye - Dari isi hati Syima Yusuf

Monday, January 9, 2017

Berpeluang DI Makeupkan Oleh FirdusFatin Make Up Artist


Assalamualaikum semua, Minggu lepas syima pergi Prescott Hotel dekat Kajang untuk makeup oleh FirdausFatin Make Up Artist. Pada asalnya, syima menang pertandingan yang dianjurkan oleh Yaya Cendana. Rasa macam tak percaya je dapat menang haha. 

Pertandingan #GooseySelfie Dari MyTown Shopping Centre


Assalamualaikum semua, Baru-baru ni syima sertai satu pertandingan iaitu #GooseySelfie dari MyTown Shopping Centre. MyTown Shopping Centre telah dibuka pada awal tahun 2017. Ianya bersambung dengan Ikea Cheras dan 3 KM daripada Kuala Lumpur. Dekat bawah ni ada peta untuk pergi ke MyTown Shopping Centre.

Saturday, January 7, 2017

Duduk Rumah Dan Shopping dengan Shopee MY

Shopping Dengan Harga Yang Rendah


Assalamualaikum semua, baru-baru ni syima nak shopping beli baju. Selalunya syima shopping baju di Times Square atau pun Masjid Jamek. Syima pilih dua tempat tersebut kerana harganya lagi berpatutan dan banyak pilihan yang ada. Cuma bila ada rezeki lebih baru syima pergi shopping di Mid Valley atau lain-lain tempat. Tetapi jika dikira balik, banyak juga duit yang dikeluarkan. Kos pengangkutan pergi balik, kos shopping dan kos makanan lagi (kalau dah keluar mesti nak kena beli makanan). Macam tak berbaloi pun ada tambah pula dengan kesibukkan belajar yang agak sukar untuk syima keluar shopping. Kemudian syima diperkenalkan dengan Shopee MY oleh rakan. Apa itu Shopee MY

Thursday, January 5, 2017

3 Hari Syima Demam Panas Rupanya Syima...


Assalamualaikum semua, alkisah masa 2016 syima teringat yang tiga hari syima demam panas. Sebelum tu Selamat Tahun Baru 2017 !!!. Balik kisah tadi, Suhu syima masa tu dalam 38.5 darjah selsius ke atas. Bila dah makan panadol, turun sikit la dalam 37.5 darjah selsius tapi masih dalam lingkungan demam sebab suhu demam adalah 37.4 darjah selsius ke atas. Kemudian rasa sakit tekak, nak menelan punya lah sakit yang teramat sangat, sakit kepala huhu masa tu hanya Allah je yang tahu rasa kesakitannya bagaimana.

.