Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, January 17, 2016

Sawadikap ! Makanan Thailand Sedappppp


Anda berada di Petaling jaya dan mahukan makanan Thailand yang asli ?

Waduhhh waduhhh mana nak cari ya??

Begini lah kalau muka buntu nak makan dekat mana (hiasan semara-mata)

Hahaha Haaa mai cheq nak habaq kat hampa semua (ceyhh tiba-tiba cakap loghat kedah, well kita satu Malaysia kan) Okay lah kembali kepada topik  kita. Makanan Thailand? Sedap? dan di Petaling Jaya? Okay tiga perkara ni hanya di satu Cafe sahaja !

Jeng jeng jeng di manakah?? hehe jawapannya di Cafe 9 'A Taste Of Thai'. Dimanakah itu?


Korang WAZE je tulis "CAFE9" mesti korang jumpa lah hehe.



Nama Cafe 9 'A Taste Of Thai' adalah daripada 9 ahli keluarga. Dalam Chinese maksud 9 adalah "Forever". Makanan dia memang KAW KAW THAILAND la. Hehehe maklumlah syima memang penggemar masakan Thailand. Korang jangan risau lah makanan nya adalah halal kay. Chan Rak Terrrrrr (maksudnya I Love You dalam bahasa Thailand)


Menarik tak? hehe memang terliur weyh bila kau tengok je lauk-lauk ni depan mata. Macam nak sambar je ha. hehe





Ini adalah Menu utama iaitu Tom Yum Seafood (Red Soup). Harganya mampu milik lah bagi korang semua. Kalau regular dalam RM25.90. Kalau Large dalam RM45.90. Rasanya memang Thailand pure punya tomyum lah






Ini adalah Prawn Cakes (5pcs). Harganya adalah RM18.90. Ia diperbuat daripada udang segar dan digoreng dengan serbuk roti. Sekaligus menaikkan seri prawn cakes ni. Rasa ranggupnya memang perghhh sedap weyh.




Ini pula LaabGaiTod (Sinful Fried Chicken Salad) harganya adalah RM16. Ia adalah salad ayam goreng atau orang putih cakap "Fried Chicken Salad" Tudiaaa.. 






Ini adalah Thai Beef Noodles (Authentic Dark Herbal Soup Noodle) berharga RM15.00. 
Dimasak dengan herba dan ayam taw :) 50 resepi dari Thailand lagi haaa






Ini pula  Fried Glass Noodle with Prawn & Chicken harganya RM14.00




Haaa nak habaq mai kat hampa. Penaeng Curry Beef pun adaaa Haaaa. Harganya RM21.90. 
Sedap baq hang hehe






Sweat and Sour Fish (Dory Fish Fillet) Ini my faveret lah hehehe. Rasa Masam Manis tu macam Masam Manis dalam percintaan. Eceyhhh bermadah pula syima ni. Harganya adalah RM20.00







Stir Fry Clams (Lala) – Thai Curry Style. Berharga RM16.00






Ini pula Thai Omelette berharga RM10.90. Chef nya memasak menggunakan Big Wok taw





Yeayyy new dishes ! Ni adalah Café 9 Stuffed Chicken Wings. Berharga RM19.90. Ia mempunyai Debone chicken wings, stuffed with glass noodle, minced chicken dan sayuran , Di salut dengan mentega. Memang sedaplah. Lagi sedap bila dicelup dengan 3 sos ni iaitu sos limau dan cili, sos black pepper dan sos salted egg.




Dibawah ni syima sertakan butiran nya kay hehe. Tak menyesal lah pergi sebab makanan nya memang "Thumbs Up" lah :D



Alamat:
27, Jalan 17/45, Seksyen 17, Petaling Jaya, 46400 Selangor.

Atau

No Telefon:
03-79322899

Atau

Waze : Cafe 9 'A Taste Of Thai'

Waktu Buka:
Mon-Sun 11.00am – 10.00pm (Tuesday Closed)



1 comment:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.