Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, January 23, 2016

Resepi Tiramisu Syima

Resepi Tiramisu Mudah Dan Senang Giler | Homemade


Assalamualaikum semua. Hari ini syima nak kongsi sedikit resepi lah hehe. Kalau korang nak tahu syima suka memasak taw. Haaa.. ni bakat terpendam tau. Mungkin sebab mak pun suka masak, jadi "Mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi" Tetapi di sebabkan syima duduk asrama, dan asrama tidak boleh membawa peralatan memasak, so syima akan masak bila bercuti dan pulang kek kampung sahaja.

Sebenarnya, memasak ni menguji kesabaran kita taw. Terutama bila memasak kek, Kita kena tunggu kek tu masak, kita kena gaul dengan sebati.Okayllah, kembali kepada resepi kita iaitu tiramisu.



Ini adalah bahan yang kita perlukan.


Bahan-bahan :
  1. Biskut Ladyfinger atau Kek sponge (beli kat pasaraya je) atau Biskut Marie (syima guna biskut marie sebab syima tak jumpa kek sponge)
  2. 1 1/2 cawan Whipping Cream (syima guna jenama dalam gambar diatas kerana harganya agak murah taw)
  3. 3/4 cawan gula halus
  4. 1 sudu kecil esen vanila
  5. 250gm cream cheese
  6. 1 sudu kecik nescafe bancuh dengan air panas. ( Buat ala-ala nescafe gituu haha)
  7.  Serbuk koko/milo
 
Cara-cara :

1. Mula-mula, syima putarkan 250 gram cream cheese sehingga sebati. Syima tak nak campurkan semua sebab nanti akan berterabur semua bahan.



2. Kemudian, syima masukkan 1 1/2 whipping cream, 3/4 cawan gula halus,1 sudu kecil esen vanila. Putarkan sehingga sebati se[erti gambar dibawah.


3. Seterusnya, Biskut Ladyfinger atau Kek sponge ata Biskut Marie tu syima celup dalam air nescafe tadi. ( Jangan bagi terlampau lama. Just celup-celup gitu sahaja sebab nanti jadi terlalu lembik)

4. Kemudian, kita masukkan adunan kita tadi secara berselang-seli serta taburkan sedikit serbuk koko atau milo.

5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 20-30 minit dan Selamat Menjamu Selera !




Sunday, January 17, 2016

Sawadikap ! Makanan Thailand Sedappppp


Anda berada di Petaling jaya dan mahukan makanan Thailand yang asli ?

Waduhhh waduhhh mana nak cari ya??

Begini lah kalau muka buntu nak makan dekat mana (hiasan semara-mata)

Tuesday, January 5, 2016

Polytron Minyak Terbaik Dunia

Assalamualaikum

Pernah dengar nama minyak Polytron??


Monday, January 4, 2016

Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd

Assalamualaikum


Sebelum ni syima cerita pasal syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd . Korang nak tahu, syima dapat banyak ilmu mengenai fotografi. Nampak je fotografi ni bidang yang simple dan nampak senang, tapi actually nak hasilkan satu gambar yang bermakna memerlukan teknik taw. Terasa diri begitu kerdil. Ilmu manusia tidak boleh tandingi dengan Ilmu Allah SWT. 


Nanafa Juta Beauty

Nanafa Juta Beauty | Licin Monne Putih Seppo

Apa maksudnya tu ?? 

Haaa. Ini adalah dialek Kelantan yang bererti "Licin Giler Putih Melepak"



Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Kompleks Pertanian Dan Inap Desa

Assalamualaikum semua :D

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech | Resort Menarik DI Melaka


Baru-baru ni syima pergi Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Encik Adhadi Mohd bertempat Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Lokasi nya berdekatan dengan Universiti Teknikal Melaka Malaysia. Memang enjoy la tempatnya.
Berkonsepkan ala-ala dalam farm gitu memang dapat merasai kehidupan semula jadi.


.