Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, November 28, 2015

TIJAARAH WESTERN CUISINE | THE BEST WESTERN FOOD

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini hari yang ceria buat anda.
Oklah, syima nak story pasal the best western food.
Kalau anda ke Shah Alam, then anda blur nak cari restoran western food kat mana?
Terlalu banyak pilihan restoran western food?
Nak western food dengan rasa yang extra double triple the bomb?

Haaaaa.. meyh syima nak bagitahu the best western food area Shah Alam adalah di Tijaarah Western Cuisine. Ia terletak di seksyen 7. Berdekatan dengan Jakel. Mudah sahaja nak cari restoran tersebut.







Menu makanan disini semuanya western. But yang uniknya Tijaarah Western Cuisine ni adalah, mereka sangat menjaga dalam kualiti makanan dan mereka sentiasa update resepi makanan mereka. 
Chef disini juga adalah chef yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan makanan yang tinggi. Restorannya unik juga. Hiasan yang nampak elegan dan selesa untuk pelanggan menjamu selera. 



Main dish dekat sini adalah steak.Steak dia lazat tak terkata lah. Selalunya lau kita makan dekat mana-mana restoran yang ada jual steak, mesti kita kadang-kadang akan bau atau rasa hanyir daging tersebut. Tapi dekat Tijaarah Western Cuisine ni, steak dia tiada pun rasa atau bau hanyir tersebut. Malah, rasa steak dia macam power la haha. Gabungan rasa dari pelbagai jenis bahan, memang sebati dan perfect combination la orang putih kata.





Okay yang syima makan ni Cheesy Pepper Beef Ribs. Rasa dia memang hebat. Tak percaya? mai datang ke Tijaarah Western Cuisine. Hidangan ini adalah lengkap dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Gabungan roasted potato, sayuran dan jagung memang sesuai dihidangkan dengan beef ribs ni. Malah, Cheesy Pepper Beef Ribs ni adalah antara menu pilihan yang pelanggan usually order.





Okay menu kedua yang syima makan adalah Beef Lasagna. Haaaa. ini adalah salah satu favourite syima. Syima pernah makan lasagna dekat restoran lain but dekat Tijaarah Western Cuisine ni sangat berbeza rasanya. Seperti yang kita tahu, Tijaarah Western Cuisine sangat menjaga kualiti makannanya, so rasa lasagna ni memang the best lah !! Tak percaya lagi?? Datang lah ke Tijaarah Western Cuisine, baru anda tahu rasanya.




Menu di atas adalah set lunch/ set tenggah hari. Bagi anda yang bekerja dan mahukan penjimatan. Set lunch mempunyai hidangan yang menarik untuk anda makan. Ia juga disertakan dengan minuman.




Haaaa... Berbeza dengan restoran western yang lain kerana di Tijaarah Western Cuisine terdapat homemade pizza !!! Malah, pizza dia mempunyai rasa yang unik taw kerana ia dimasak dengan kayu api. Seriously !!!, korang kena rasa pizza di Tijaarah Western Cuisine.





Selain itu, banyak lagi menu makanan yang anda semua boleh nikmati. Untuk appetizer ada corn tortilla chips, cheesy cream macaroni, nachos dan banyak lagi. Malah disini ada pelbagai jenis soup seperti mixed seafood soup, mushroom soup.

Salad pun juga terdapat disini. Ada pelbagai jenis burger dan sandwich. Pebagai jenis pasta seperti alfredo, carbonara, vongole dan prawn arrabiata.
Dessert pun juga terdapat disini seperti chocolate brownies, baked cheese cake, panna cotta dan creme brulee

Bagi anda yang membawa anak kecil, jangan risau. Disini juga mempunyai menu makanan yang menarik untuk kanak-kanak seperti kid alfredo, kid blognese , macaroni cheese dan banyak lagi pilihan untuk kanak-kanak.









 Okaylah cerita pasal menu minuman pula. Disini ada pelbagai jenis minuman yang menarik seperti Juices, Milkshake, Ice blended, iced drink, hot drink, fruit drink dan soft drink. Yang menarik minat syima adalah Mocktails. Ada pelbagai jenis minuman mocktails seperti My heart, sweet honey, blue lagoon, green lake dan pelbagai lagi.

Syima minum minuman seperti gambar diatas. Syima memang suka dengan oreo milkshake dan chocolate milkshake. Rasanya sedap sangat

 Anda anda anda dan anda semua kena datang ke Tijaarah Western Cuisine untuk menikmati semua jenis hidangan dengan santainya.




Anda risau dengan harga makanan ?? Jangan risau kerana Tijaarah Western Cuisine mempunyai membership card. Register kad adalah FREE !!
Hanya perlu tunjukkan kad tersebut dan dapatkan diskaun tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.
Malah, makanan disini adalah berpatutan dan sesuai dengan kualiti makanan yang dihidangkan :)













Anda mahu ke Tijaarah Western Cuisine?
Di bawah terdapat  info detail :

Dibuka pada :
Sabtu-Khamis  11.30am-11.30pm
Jumaat sahaja : 4pm-11.30pm

Alamat; 
Tijaarah Western Cuisine
59, Ground Floor, Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Waze:
Type sahaja Tijaarah Western Cuisine, anda akan jumpa destinasinya.

GPS :
Type 3.068407, 101.490230

Boleh hubungi di talian :
03-55241516

Instagram :

Facebook :

Emai :
tijaarah.sa7.sdn.bhd@gmail.com




Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Umi dan Encik Megat serta pihak Tijaarah Western Cuisine kerana  sudi menjemput syima. Semoga perniagaan Tijaarah Western Cuisine berjalan dengan lancar dan success selalu.




5 comments:

  1. Shima, pcl Nak juga rasa masakan sedap lazat Tijaraah..tq info details.

    ReplyDelete
  2. Wah..best best.. rib eye memang nampak sedap..ade pizza lagi..tq for info yer :)

    ReplyDelete
  3. wahhh nampak best nye pizza dia.. cara pembakaran pun menarik.. nak try lah

    ReplyDelete
  4. dah bookmark tempat ni untuk dikunjungi pada tahun 2016

    ReplyDelete

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.