Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, November 10, 2015

4 Makanan Cantikkan Kulit

Assalamualaikum

Nak kulit cantik, tapi tiada duit nak pergi kedai kulit sebab mahal. Nak beli produk tapi takut side effect. So, guna la apa yang Allah kurniakan pada kita. Apa itu eh??

Haaa.. mai syima nak story kit ada 5 makanan yang cantikkan kulit

1. Almonds a.k.a biji badam


Biji badam kaya dengan vitamin E dan tinggi protein. Biji badam juga mengandungi tinggi 
antioxidants, fiber, vitamin dan mineral yang juga membantu dalam penyakit kardiovaskular.

# Scrub badan menggunakan biji badam
Ia bagus untuk cerahkan badan kita dengan vitamin semula jadi, malah badan akan rasa tenang.

Bahan-bahan:
  • Biji badan yang telah ditumbuk - separuh cawan
  • Madu - 1 sudu
  • Jus lemon - 2 sudu
Cara-cara:
Ambil separuh cawan biji badam rendam dalam air selama 2-3 jam, kemudian tumbukkan badam tersebut, kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau dengan rata dan siap untuk digunakan untuk scrub badan.

# Scrub Muka
Ia bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan akan menyegarkan muka serta nampakkan muka lagi muda.

Bahan-bahan :
  • Biji badam yang telah ditumbuk
  • Susu segar - 2 sudu
Cara-cara:
Campurkan kedua-dua bahan, kemudian scrubkan pada muka. In Shaa Allah sel kulit mati akan hilang

# Masker biji badam

Sesuai untuk kulit kering dan semua jenis kulit. Ia untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengelakkan jerawat.

Bahan-bahan:
  • Serbuk badam
  • Telur (putih sahaja) - 1 biji
  • Jus Lemon - 1 sudu
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dengan sebati. Kemudian sapukan pada muka seperti masker. Biarkan selama 20 minit. Akhirnya bilas dengan air sejuk.


2. Coklat Gelap


Syima tahu ramai wanita yang menggemari coklat. Kalau anda nak tahu, coklat juga bagus untuk kesihatan tau.

Ia akan relax kan salur darah kita,dan menurunkan tekanan darah. Malah, coklat gelap juga menggurangkan hormon stress, bermaksud kurangnya kerosakkan collagen pada kulit dan kurangkan kedutan pada wajah.

Malah, coklat gelap mempunyai, Flavanols. Flavanols adalah sejenis flavanoid iaitu metabolisma tumbuhan yang bagus untuk kesihatan dan mempunyai tinggi antioxidant. Flavanols juga melindungi wajah dari kerosakkan akibat sinaran UV. Malah, ia memulihkan hidrasi kulit.


3. Teh Hijau


Ramai orang di Jepun, Korea dan China cantik-cantik kan? Rahsia mereka adalah teh hijau. Dari zaman nenek moyang lagi, mereka dah mengamalkan teh hijau. Malah, jika tetemu datang ke rumah juga, mereka hidangkan dengan air teh hijau. Banyak khasiat air teh hijau yang terkandung di dalamnya. Anda dah bosan asyik minum je, jum cuba cara-cara di bawah.

# Untuk mata
Bagi mata yang ada lingkaran hitam atau selalu orang panggil eyebag. Setelah minum air teh hijau ini. Bag teh itu, jangan dibuang. Ia boleh juga digunakan untuk rawatan bagi lingkaran gelap bawah mata. Letakkan bag teh dalam peti sejuk, kemudian letakkan di bawah mata. Teh hijau mempunyai tannin, yang akan menggurangkan bengkak atau lingkaran hitam di bawah mata.

# Scrub Teh Hijau
  • Serbuk teh hijau
  • Gula kasar
  • Air sedikit sahaja
Gaulkan kesemua bahan dan scrub pada muka. In Shaa Allah muka akan rasa segar dan mencerahkan kulit.


# Masker muka
  • Baking soda
  • Serbuk teh hijau
  • Sedikit madu
Campurkan kesemua bahan dan sapu rata ke seluruh kawasan muka. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air sejuk. Ia akan menyegarkan muka, mencerahkan malah membantu dalam detox pada kulit

 4. Tomato


Tomato kaya dengan antioxidant, vitamin dan mineral. Anda mesti kurang gemar untuk memakannya, tapi anda mahukan khasiatnya. Haaaa.. syima ada petua untuk kegunaan tomato pada kulit.

# Masker muka.

  • Jus tomato (ambil isinya sahaja)
  • Madu - 2 sudu
  • Baking soda - 1 sudu
Campurkan kesemua bahan dan sapukan pada muka sebagai masker. Ia akan menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit.

# Tomato membantu dalam merawat jerawat
  • Jus tomato
  • Sedikit ekstrak jus timun
Campurkan semuanya, dan sapu kesemua kawasan muka. Asid di dalam tomato akan membantu dalam pengawalan minyak di muka terutama di kawasan dahi dan hidung. In Shaa Allah kurangnya jerawat dan kulit berminyak.



Okay sekian sahaja tips dari syima. Andai ada tips yang lain boleh lah share kan diruangan komen. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi :)





3 comments:

Terima Kasih komen :D Jasa anda amat syima hargai

.